TAN menunjukkan kesan darah pasangan warga emas akibat ditikam anak angkat.
Oleh Muhamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Jitra: Seorang penagih dadah menyerang dan menikam ibu bapa angkatnya di kediaman mereka di Taman Suria 2 di sini, hanya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, suspek berusia 33 tahun dikatakan menyerang pasangan warga emas berusia 60-an itu selepas membuka pintu.

Suspek mengambil pisau menikam perut ibunya, Sooi Looi, 65, dan turut menikam pinggang kiri bapanya, Lim Ah Bu, 68, selain menghentak topi keledar di kepala mangsa sebanyak dua kali.

Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa jiran sedang menjalankan upacara penghormatan kepada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia di kediaman berhampiran.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:13 AM