Najib bersama Ahmad Zahid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Barisan Kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan diminta untuk terus melangkah ke hadapan termasuk menumpukan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, ekonomi dan aspek sosial selain memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Itu saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi semalam.

Najib berkata, selepas rombakan Kabinet pada Selasa lalu, banyak penelitian dan tugasan perlu dilakukan di mana tumpuan utama pastinya mengurangkan beban sara hidup yang dihadapi rakyat buat masa ini.

“Apa kehendak rakyat, kita harus tanya diri kita. Rakyat kini lebih peka terhadap apa masalah dihadapi mereka termasuk berkaitan soal sara hidup, kediaman mampu milik, peluang pekerjaan dan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 9:04 AM