API marak meranapkan kilang perabot sekelip mata.

Ledang: Sebuah kilang perabot mengalami kerugian kira-kira RM2 juta apabila terbabit dalam kebakaran di Jalan Perindustrian 7, Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan selepas terlihat api yang marak bersama kepulan asap tebal.

Pegawai Kanan Bomba II Zon Muar, Jahari Bahari berkata, seramai 35 anggota bomba dan pegawai dari empat balai bomba daerah berhampiran membantu mengawal kebakaran dari merebak ke kilang berhampiran.

“Kami menerima panggilan jam 1.26 pagi dan sebanyak enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu dari Balai Muar, Tangkak, Bukit Gambir, dan Segamat.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati hampir 60 peratus dari binaan kilang berkenaan sudah terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:04 AM