Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenal pasti ada akaun palsu kementerian itu di laman sosial Facebook dipercayai diwujudkan sejak kelmarin.

KPDNKK dalam kenyataannya berkata, akaun palsu itu hampir menyamai akaun rasmi KPDNKK dan pengendalinya dilihat aktif memuat naik status serta aktiviti hampir setiap jam seolah-olah dimuat naik pengendali laman Facebook rasmi kementerian.

Menurutnya, sehingga kini akaun berkenaan mencecah hampir 2,000 likes pengunjung laman sosial.

“Justeru, KPDNKK membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan siasatan seterusnya menyekat akaun berkenaan daripada terus menyebarkan informasi dan maklumat palsu,” katanya.

KPDNKK berkata, laman sosial rasmi kementerian itu boleh dilayari menerusi alamat www.facebook.com/- myKPDNKK.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:02 AM