SEBUAH jentera bomba digunakan untuk membawa turun suspek.
CUBAAN suspek untuk terjun hotel gagal.
Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@metro.com.my

Kuala Lumpur: Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu menyelamatkan suspek dipercayai anggota geng samun hotel bajet yang cuba terjun dari aras empat sebuah hotel di Jalan Sungai Besi, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek sebelum itu berjaya meloloskan diri selepas bilik yang didiami bersama dua lagi rakannya diserbu polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, satu operasi khas dijalankan sejak beberapa hari lalu untuk mengesan suspek.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis bahagian D4 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan ke sebuah bilik di hotel berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, terdapat tiga lelaki cuba melarikan diri melalui tingkap bilik,” katanya.

Beliau berkata, dua daripada penjenayah terbabit bagaimanapun berjaya ditangkap di bumbung hotel bersebelahan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:29 AM