Muhammad Farish Ashraf
Oleh Azmi Karim
am@hmetro.com.my

Rompin: “Sebelum kejadian, mereka datang ke stesen minyak tempat saya bekerja untuk mengisi minyak dan saya sempat memberitahu Farish yang kami akan pulang ke kampung saya di Peramu, Kuantan.

“Namun, tidak sampai lima minit mereka beredar, saya dimaklumkan rakan bahawa kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabit kemalangan,” kata Mohd Faizul Ismail, 27, bapa kepada Muhammad Farish Ashraf, 3, yang maut dalam kemalangan di Jalan Shah Bandar, berhampiran Felda Keratong 3, Muadzam Shah, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian itu turut mengorbankan kakak iparnya, Nor Hafizah Md Noor, 27, serta ibu mentuanya, Joharia Darus, 65, manakala seorang lagi kakak iparnya, Nor Hizati Md Noor, 30, dan dua anak saudaranya, Muhammad Affan Firdaus Mohd Zaidi, 3, serta Muhammad Afnan Arif Mohd Zaidi, 2, parah.

Mohd Faizul berkata, selepas dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas ke tempat kemalangan sambil berdoa semua ahli keluarganya tidak mengalami kecederaan teruk, namun luluh hatinya apabila melihat jenazah anaknya terbujur kaku di atas jalan raya.

“Sebaik sampai di tempat kejadian saya melihat orang ramai mengeluarkan anak saya dari kereta yang remuk teruk dan meletakkannya di sebelah jenazah ibu mentua, ketika itu saya hanya mampu meraung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 10:00 AM