SEBAHAGIAN anak yatim yang hadir ke majlis iftar di Dewan Sri Budiman, Shah Alam.
Mohd Rozzer
Oleh Naqiukamil Abdullah
hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam: “Sudah tujuh tahun saya berpuasa walaupun ketika itu belum menganut agama Islam. Tahun ini ibadah puasa amat bermakna berikutan saya menjadi Muslim sejati,” kata seorang mualaf, Mohd Rozzer Achong, 23.

Mohd Rozzer berkata, rutin berpuasa diamalkan sebelum ini kerana mengikut jejak abang dan ibunya yang ketika itu beragama Islam.

“Saya banyak mendalami ilmu agama Islam melalui abang hingga mendapat hidayah Allah SWT untuk memeluk agama suci ini pada Oktober tahun lalu. Malah, ayah tidak pernah menghalang walaupun dia menganut agama Kristian.

“Perasaan gembira dan bersyukur kerana turut berpeluang menunaikan solat Tarawih sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya pada Majlis Iftar Meraikan Anak Yatim dan Saudara Baru Bersama Selebriti di Dewan Sri Budiman Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini.

Dalam majlis itu, 109 anak yatim daripada tiga rumah kebajikan sekitar Lembah Klang dan sembilan pelajar mualaf UiTM memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran radio UiTM (UFM) dan Badan Pengiklanan Fakulti Komunikasi dan Media (ADLAB).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 9:06 AM