Mohd Nawi (tengah) menunjukkan rampasan pelbagai jenis tudung yang diseludup.
Oleh Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my

Tumpat: Permintaan tinggi berikutan Aidilfitri tidak lama lagi antara faktor mendorong berlakunya kegiatan penyeludupan barangan bercukai terutama tudung, akhir-akhir ini.

Terbaru, Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas 10,200 tudung pelbagai jenis dianggar bernilai RM306,000 yang diletakkan di tebing Pangkalan Haram Tualang, jam 5.50 pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor Asisten Superintendan Mohd Nawi Yunus berkata, sebelum itu pihaknya sudah menjalankan intipan di beberapa pangkalan haram sejak seminggu lalu, selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan berkenaan.

“Dalam serbuan semalam (kelmarin), anggota mengesan kelibat beberapa lelaki memunggah bungkusan daripada bot galah ke tebing sungai dan segera mengepung kawasan berkenaan.

“Serbuan pasukan bagaimanapun disedari lelaki berkenaan yang kemudian melompat ke dalam bot galah mereka sebelum memecut semula menghala Thailand.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 8:13 AM