Kajang: Seorang wanita sedang tidur di dalam surau di sebuah pusat beli-belah, di sini, terkejut apabila punggungnya digosok seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian cabul jam 3.30 petang kelmarin, mangsa yang juga penyelia pusat beli-belah berusia 24 tahun dikatakan tidur di dalam surau itu ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa yang baru bertugas 15 hari di pusat beli-belah itu diraba salah seorang pekerja lelaki di bangunan sama.

“Suspek berusia 20 tahun itu menggosok punggung mangsa sebelum mangsa terjaga dan berlari keluar daripada surau itu.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian cabul itu di Balai Polis Kajang, di sini,” katanya.

Dia berkata, polis menjalankan siasatan sebelum berjaya memberkas suspek berusia 20 tahun di rumahnya terletak di taman Wawasan, Hulu Langat, di sini, jam 3 pagi semalam.

Menurutnya, suspek didapati baru bekerja dua bulan di pusat beli-belah sama.

“Suspek ditahan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan iaitu mencabul. Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau sebatan atau kedua-dua sekalim,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 11:18 AM