Johan Hafazan Wanita, Farihah dari Malaysia menunjukkan piala dan hadiah yang dimenanginya.

Kuala Lumpur: Qari dari Iran, Mohsen Hassani Kargar dan qariah dari Indonesia, Asrina Asril Buyong masing-masing dinobatkan sebagai johan majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Naib johan bagi qari milik Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dari Malaysia manakala Siti Husnaa Hassan, qariah Malaysia menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori hafazan bahagian wanita, peserta Malaysia, Farihah Zulkifli muncul johan manakala naib johan pula peserta Mauritania, Raghiye Beyah.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Yang Dipertuan Agong yang juga Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagi johan qari dan qariah, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 dan jongkong emas bernilai RM70,000, piala pusingan dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ itu berlangsung di PWTC dari 9 hingga 13 Jun . Seramai 70 peserta dari 56 negara iaitu 38 bagi kategori tilawah dan 32 bagi hafazan mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 9:11 AM
Skip this ad x