Husin ketika bertarung di Kejohanan muaythai Terengganu di Gelanggang Muaythai Mini Stadium Sungai Tarom, Langkap.
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

Permaisuri: Walaupun berusia 64 tahun, ia tidak menghalang seorang warga emas dari Pulai Chondong, Machang untuk terus bergiat aktif dalam sukan lasak muaythai termasuk bertarung di gelanggang.

Husin Tengah atau lebih terkenal dengan jolokan Husin Apollo tidak mengalami masalah untuk bertarung di gelanggang biarpun tidak menjalani latihan secara intensif dan berjadual seperti atlet muaythai lain.

Menurut Husin, dia mula membabitkan diri dalam sukan itu sejak berusia 15 tahun dan bertarung lebih 100 kali, termasuk pernah bertarung 40 kali di tempat asal sukan itu iaitu di Bangkok, Thailand.

Katanya, dia pernah berhadapan ramai atlet berbakat termasuk yang terhandal di Bangkok dan memenangi perlawanan berkenaan.

“Sebanyak 40 perlawanan disertai di Thailand, tetapi hanya sekali ditumbangkan.

“Jika diikutkan, saya sudah menyertai banyak perlawanan di Malaysia, tetapi ia tidak direkodkan kerana lebih kepada perlawanan amal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:23 AM