MANGSA yang cedera di tengkuk dilaporkan stabil.
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

Kuantan: Seorang kontraktor nekad memecut kenderaannya sejauh lima kilometer ke balai polis berdekatan untuk menyelamatkan diri selepas parah akibat terkena satu das tembakan di tengkuk yang dilepaskan individu tidak dikenali di parkir sebuah hotel di Indera Mahkota, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.21 pagi, mangsa, Mohd Isa Ismail, 43, berasal dari Kemaman, Terengganu berjaya tiba di Balai Polis Kuantan, di sini, sebelum dibantu anggota polis terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, anggota polis menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar sebelum menghantar lelaki itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

“Mengikut siasatan awal, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta Proton Persona baru tiba di parkir hotel untuk bertemu dengan seorang wanita sebelum secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki dari belakang kenderaan mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 9:10 AM
Skip this ad x