LOKASI kejadian perahu panjang yang karam selepas berlanggar dengan tongkang di Sungai Kemena, semalam.
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

Bintulu: K egembiraan lapan sekeluarga pulang daripada menyambut Hari Gawai lenyap sekelip mata apabila tujuh ahli keluarga mereka dikhuatiri lemas ketika perahu panjang dinaiki karam akibat berlanggar tongkang di Sungai Kemena di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, seorang ahli keluarga yang bertindak sebagai pengemudi perahu, Johnnie Ganeng, 31 menyelamatkan diri, manakala enam ahli keluarga lain masih hilang dan dikhuatiri lemas.

Pada jam 4.30 petang, mayat warga emas, Jaba Lembang, 63, ditemui terapung 100 meter dari lokasi kejadian.

Sumber berkata, lapan sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Hulu Sebauh untuk menyambut Hari Gawai.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, enjin perahu dinaiki lapan sekeluarga itu rosak dan terkandas di tengah sungai.

“Ketika cuba membaiki enjin, arus deras dari bot tunda menyebabkan perahu mereka hilang kawalan dan terlanggar tongkang berada berhampiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 8:54 AM