Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

Klang: Tindakan mahu berundur keluar dari kumpulan kongsi gelap Geng 360 menyebabkan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, dibelasah sekumpulan lelaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Jumaat lalu, mangsa berusia 14 tahun dibelasah di dalam tandas sebuah pasar raya di Bukit Tinggi di sini.

Tindakan itu menyebabkan pelajar terbabit mengalami luka dan bengkak pada bibir.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul tiga suspek yang berang selepas mengetahui niat mangsa enggan menyertai lagi kumpulan kongsi gelap itu,

Menurutnya, suspek kemudiannya mengekori mangsa dari sekolah hingga ke pasar raya itu sebelum menyerang remaja itu.

“Suspek berusia 15 hingga 20 tahun dikatakan memukul dan menendang mangsa bertubi-tubi.

“Mangsa yang cedera kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang diserang semula suspek dan anggota lain kumpulan itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 7:43 AM