BUAYA seberat 300 kilogram ditangkap di Sungai Teniku Miri, apabila tersangkut pada tali feri.
Oleh Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my

Miri: “Kami sempat mendengar bunyi kocakan air sebelum mendapati seekor buaya besar tersangkut pada tali feri,” kata pekerja ladang, Eddy Suwandy, 34 ketika menemui seekor buaya di Sungai Teniku di sini, kelmarin.

Reptilia sepanjang lima meter dengan berat lebih 300 kilogram itu kemudian ditangkap dengan bantuan 20 pekerja ladang sebelum diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Miri pada jam 3 petang.

Menurutnya, buaya itu cuba melepaskan diri daripada tali yang tersangkut tetapi tidak berjaya.

“Malah tindakan itu menyebabkan feri bergoyang kuat. Sebaik tiba di tebing sungai, kami menarik buaya itu ke darat tetapi usaha itu agak sukar berikutan fizikal reptilia itu yang besar.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:13 AM