Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk memperluaskan definisi rogol yang terkandung dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan termasuk membabitkan kemasukan sebarang objek atau bahagian badan lain bukan zakar ke dalam faraj.

Pindaan itu penting bagi memberi perlindungan menyeluruh kepada mangsa terutama membabitkan remaja bawah umur susulan seorang lelaki berusia 60 tahun dibebaskan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan yang dihadapinya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sebelum kes berkenaan, kementerian sudah memulakan perbincangan bersama pegawai Kementerian Kesihatan bagi mencadangkan pindaan Kanun Keseksaan berhubung definisi rogol.

“Kita akan mempercepatkan pindaan yang dicadangkan dan dalam hal ini (kes rogol lelaki terbabit), ia bagi memastikan perlindungan yang lebih baik kepada mangsa remaja perempuan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:06 AM