MAS Imran beramah mesra dengan Saravanan (dua dari kanan) dan abangnya Satishwaran sambil disaksikan oleh nenek, G Susila di Pasaraya Econsave, semalam.
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

Johor Bahru: “Saya bukan zalim hingga mengerah kudrat tiga cucu untuk menjual maruku di kawasan awam tetapi kami tiada pilihan,” kata G Susila, 61, nenek kepada seorang remaja berusia 13 tahun dan dua beradiknya memikul tanggungjawab menyara keluarga dengan menjual makanan itu di Taman Daya di sini.

Susila berkata, kehadiran tiga cucunya itu berhampiran bank Taman Daya itu menjadi bualan ramai selain ada yang mencemuh keluarganya kerana tidak mempedulikan keselamatan mereka.

Menurutnya, keluarganya terdesak untuk meminta S Saravanan, 13; Satishwaran, 14, serta dan Kavin Raj, 10, menjual maruku kerana tiada punca pendapatan lain selepas anaknya, L Subramaniam, 39 (bapa Saravanan) mengalami masalah mental selepas terbabit dalam kemalangan Disember lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2015 @ 9:48 AM