PENDUDUK melihat tebing sungai yang runtuh akibat banjir.
Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my

Tumpat: Ketika kerajaan menegah pembinaan rumah berdekatan tebing sungai selepas banjir Disember lalu, penduduk Kampung Pasir Pekan Tengah yang tinggal berdekatan tebing Sungai Kelantan terus kebimbangan dengan masalah hakisan teruk yang berlaku di kawasan itu.

Walaupun rumah mereka agak jauh dari sungai, tetapi hakisan boleh menyebabkan berlakunya runtuhan.

Seorang penduduk kampung Che Rogayah Ibrahim, 65, berkata, mereka buntu untuk mengadu kepada siapa berikutan masalah itu.

“Sebelum banjir, kami tak bimbang sangat sebab jarak rumah dengan tebing masih jauh, tetapi impak banjir menyebabkan 50 meter tebing runtuh dan jarak semakin mengecil.

“Banyak tanaman seperti sayur-sayuran, ubi kayu, pokok kelapa musnah akibat runtuhan itu. Harap sangat pihak berkuasa datang meninjau keadaan ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 7:48 AM