TONG gas yang ditinggalkan penyamun di depan mesin ATM.
Oleh Nabihah Kamal
am@hmetro.com

Kuala Lumpur: Kumpulan penjenayah terkenal dikenali sebagai Geng Oxy muncul kembali apabila dikesan cuba memecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pusat beli-belah di Jalan Peel di sini.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam, tiga suspek dikesan menggunakan gas Oxy Acetylene untuk memecah masuk premis atau memotong pintu besi mesin ATM bagi mendapatkan wang di dalamnya.

Bagaimanapun rompakan itu gagal apabila perbuatan mereka disedari pengawal keselamatan yang bertugas di pusat beli-belah itu.

Suspek sebelum itu dipercayai menyembunyikan diri di bahagian medan selera pusat membeli belah terbabit sebelum mencuba memecah pintu ATM itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, geng berkenaan diyakini berada dalam bangunan itu sebelum melakukan rompakan selepas premis itu ditutup operasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:57 AM