KERETA mewah model Nissan Skyline yang dicuri suspek.

Kuala Lumpur: Walaupun tayar bocor akibat ditembak polis, namun dua penjenayah yang mencuri kereta mewah model Nissan Skyline masih mampu melarikan kenderaan itu lebih 150 kilometer (km).

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, kereta suspek ditembak polis di hadapan sebuah restoran di Batu 1, Jalan Kapar, Klang di sini, sebelum ditemui ditinggalkan suspek di Jasin, Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan restoran.

Menurutnya, anggota Pasukan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) mendekati kenderaan itu sebelum memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek cuba merempuh pegawai dan anggota polis yang melakukan serbuan itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:50 AM