PENDUDUK menunggu berita dari pasukan penyelamat.
SEHINGGA jam 6 petang semalam tiada sebarang petunjuk ditemui pasukan penyelamat.
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

Betong: “Tubuh saya menggigil sebaik melihat Bob (Denok) di mulut buaya. Kami berdua tidak mampu menolong kerana ketakutan,” kata Asyraff Araffe, 12, saksi kejadian seorang lelaki maut selepas dibaham buaya sepanjang kira-kira lima meter ketika mencari buah pedada di Sungai Rimbas, Kampung Babu Ulu, dekat Debak, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Asyraff berkata, dia bersama mangsa, Bob, 31, dan seorang lagi rakan, Mohd Sahfuan Dahan, 14, sedang mengutip buah pedada di tepi sungai berkenaan kira-kira jam 3 petang.

“Secara tiba-tiba, saya terdengar dia menjerit meminta tolong dan kami berdua terpinga-pinga serta tidak mampu berbuat apa-apa. Ketika itu, kami ketakutan kerana buaya itu sangat besar.

“Pada masa sama, buaya itu melambungkan tubuh Bob lebih tiga kali sebelum hilang di permukaan air,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:17 AM