ANGGOTA bomba berusaha memotong cincin di jari tengah seorang lelaki di Sarikei.

Sarikei: Wajah ceria seorang lelaki bertukar cemas apabila cincin dipakai di jari tengah gagal dikeluarkan hingga terpaksa meminta bantuan bomba, kelmarin.

Mangsa Gembong Bilong, 22, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sarikei (HS) selepas mengadu kesakitan apabila jarinya semakin membengkak, kira-kira jam 4 petang.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Sarikei berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.35 petang sebelum menghantar tujuh anggota ke HS.

“Kami mendapati jari tengah tangan kiri mangsa semakin membengkak dan pihak hospital terpaksa memberikan ubat bius bagi meredakan kesakitan.

“Kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin menggunakan alat khas. Usaha kami berhasil sebelum cincin itu berjaya dikeluarkan,” katanya.

Katanya, mangsa kini dilaporkan semakin pulih.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 9:19 AM
Skip this ad x