Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Sungai Siput : Rang Undang-Undang (RUU) persendirian mengenai hudud yang akan dicadangkan oleh PAS untuk diluluskan di Parlimen pada pertengahan tahun ini membabitkan tiga kesalahan jenayah yang mengenakan hukuman sebatan untuk umat Islam sahaja.

Tiga kesalahan itu ialah meminum arak, lelaki dan perempuan belum berkahwin yang berzina serta menuduh wanita Islam melakukan zina tanpa mengemukakan bukti.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, pihaknya yakin RUU persendirian itu akan diterima semua Ahli Parlimen dan parti politik kerana hukuman sebatan memang sudah ada dalam sistem undang-undang di negara ini dan tidak boleh dipertikaikan.

“Minggu lalu, ramai pihak belum tahu bentuk kandungan pindaan RUU persendirian yang hendak dicadangkan itu. Apabila saya jumpa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia jelaskan dan saya faham.

“Jadi mengikut pandangan saya, jika itulah bentuknya, ia tidak menjadi halangan kepada semua parti di Malaysia untuk menerimanya. Ramai yang salah faham bentuk sebenar pindaan, ada mengatakan hendak pinda Perlembagaan Persekutuan atau hendak pinda keseluruhan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 9:12 AM