MUHAMAD Izzamir Nabihan (berdiri dua dari kanan) bersama penuntut dan kakitangan universiti sebelum berlepas ke Indonesia.
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Ketabahan hati seorang wanita ternyata diuji apabila dia yang menjaga suami kritikal dan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, dikejutkan pula dengan berita kematian anak kedua selepas terbabit dalam kemalangan bas di Aceh, Indonesia, kelmarin.

Berikutan itu, wanita tabah terbabit, Suriati Omar, 45, meninggalkan seketika tugasnya menjaga suami di IJN dan bergegas ke negeri ini untuk menyambut jenazah anaknya yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 10.05 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Abdullah Badawi, Kepala Batas, dekat sini.

Sehingga kini, berita kematian anaknya, Muhamad Izzamir Nabihan Abdul Majid, 23, yang juga siswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia (USM) terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan suaminya.

Dalam kejadian jam 7 malam, kelmarin, Muhamad Izzamir Nabihan yang mengikuti rombongan bersama 24 warga USM terdiri daripada siswa serta pensyarah maut selepas bas dinaiki mereka terjunam ke dalam curam.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata, ketika kejadian rombongan berkenaan dalam perjalanan pulang selepas melawat lombong arang batu di Geumpang PD, Aceh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 9:23 AM