Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein dan Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my

Kluang: Banduan warga Indonesia yang melarikan diri dari kompleks Penjara Kluang di sini, ditahan ketika keluar dari kawasan persembunyian untuk mencari makanan akibat kelaparan selepas 14 jam menyembunyikan diri di rumah kongsi Ladang Ringgo, 14 kilometer dari penjara, tengah malam kelmarin.

Gerakan besar-besaran disertai 200 wadar Penjara Kluang, anggota Polis Daerah Kluang, sukarelawan dan pekerja ladang dilancarkan sebaik menyedari kehilangan tahanan itu jam 10 pagi kelmarin.

Pengarah Penjara Kluang Timbalan Komisioner Penjara (TKPj) Mat Rahsid Jahlil berkata, turut terbabit dalam operasi mengesan banduan lari itu ialah Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru.

“Banduan berkenaan ditemui di luar kawasan rumah kongsi tempat dia menyembunyikan diri kerana keluar mencari makanan akibat kelaparan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 7:56 AM