Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


Georgetown: Rasa curiga seorang jiran yang melakukan pemeriksaan selepas terdengar suara meminta tolong berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga negara Myanmar yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam di perut selepas disamun.

Selain itu, mangsa berusia 23 tahun juga kerugian lebih RM8,000 selepas sejumlah wang tunai dan sebuah motosikal miliknya dilarikan suspek yang juga disyaki rakan serumahnya.

Dalam kejadian di Kampung Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini, 3 pagi semalam, jiran mangsa dikatakan terdengar suara lelaki itu meminta tolong sebelum melakukan pemeriksaan dan menemuinya dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan berhampiran premis didiaminya.

Akibat tikaman dipercayai menggunakan pisau itu, sebahagian daripada usus mangsa dikatakan terkeluar selain dia turut mengalami kecederaan di leher serta jari tangan kiri.

Menurut sumber, jiran mangsa yang menemui lelaki itu kemudian terus menghubungi anggota polis yang kemudian ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Walaupun mengalami kecederaan parah, mangsa dipercayai berjalan keluar dari kediamannya itu untuk meminta bantuan, sebelum dia ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh jiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 8:04 AM