Kanak-kanak Rohingya mengikuti kelas agama.
Oleh Ikram Ismail
ikram.ismail@hmetro.com.my

Gombak: Mereka tidak mempunyai cita-cita besar. Cukup jika sekadar menjadi tenaga pengajar di tempat mereka menuntut ilmu ataupun hanya mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka.

Demikian reaksi sebahagian besar kanak-kanak Rohingya yang mengikuti pengajian di Madrasah Hashimiah yang terletak di Kompleks Pasar Borong, Selayang, di sini, ketika diajukan berhubung impian masa depan mereka.

Ketika kunjungan Harian Metro ke situ, baru-baru ini, terserlah wajah-wajah ketekunan kanak-kanak yang kebanyakannya anak pelarian etnik Rohingya ketika sesi pembelajaran dijalankan.

Mereka adalah antara lebih 27,000 pelarian Rohingya yang menetap di Malaysia menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Kebanyakan mereka berusia semuda empat tahun sehingga 17 tahun adalah anak-anak yang tidak pernah menerima sistem pembelajaran khusus lebih-lebih lagi berkaitan agama Islam sejak lahir di negara mereka atau di Malaysia.

Madrasah Hashimiah pula hanya menerapkan hafazan al-Quran sebagai pengajian teras, manakala subjek Matematik, Bahasa Myanmar, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu hanya diajar sebagai subjek asas semata-mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:28 AM