Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan aplikasi khas bagi membolehkan orang ramai terutama generasi muda mempelajari cara pengurusan ibadat haji secara maya.

Pemangku Ketua Pegawai Operasinya Adi Azuan Abdul Ghani berkata, aplikasi interaktif berkenaan kini masih di peringkat prototaip dan dijangka dapat dilancarkan bulan depan.

Katanya, aplikasi dalam talian ini boleh dimuat turun mereka yang mempunyai akaun Tabung Haji saja.

“Ia bukan tertumpu kepada urus niaga atau pendidikan haji saja kerana segmen gaya hidup termasuk hobi serta pelancongan dalam talian diselitkan dalam aplikasi berkenaan.

“TH juga berkerjasama dengan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menyediakan bahan paparan berita di aplikasi berkenaan,” katanya yang ditemui selepas sesi Lawatan Kerja Pengurusan TH dengan Kumpulan NSTP, di Balai Berita, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 8:53 AM