KEADAAN Nek Bah yang melecur di kedua-dua kakinya.
KEADAAN kain batik yang rentung di atas lantai dapur.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati_yusof@hmetro.com.my

Alor Gajah : Seorang wanita warga emas bukan saja tidak dapat memasak makanan tengah hari, malah terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas tubuhnya disambar api apabila gas digunakan untuk memasak dipercayai bocor dan meletup di Taman Kejora Tebong, di sini, semalam.

Kejadian jam 11 pagi itu menyebabkan Chik Bah Mohd Amin, 76, parah selepas melecur teruk di muka dan anggota badan termasuk kedua-dua kaki apabila api menyambar kain batik dipakainya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang tinggal bersendirian mahu memasak ikan sambal dan sayur sawi, namun tindakannya menghidupkan dapur gas mengakibatkan ia meletup secara tiba-tiba dipercayai akibat bocor dan membakar hos dapur berkenaan.

Saksi kejadian, Mokhzani Aris Masron, 22, berkata, dia menyedari kejadian terbabit selepas mendengar jeritan mangsa yang mesra dipanggil Nek Bah meminta tolong ketika menonton televisyen di rumahnya dan apabila dia keluar, warga emas itu didapati berdiri di pintu dalam keadaan tubuhnya melecur.

“Ketika itu Nek Bah hanya berkemban dan menutup bahunya dengan tuala sambil mengerang kesakitan. Saya memintanya keluar dari rumah, namun dia enggan dipercayai trauma dengan kejadian berkenaan.

“Melihat keadaannya itu dan rumahnya turut diselubungi asap serta bau gas, saya memanggil ibu, Faridah Che Mat, 60, untuk membawa Nek Bah ke rumah kami sebelum saya memadamkan api di dapur kediamannya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:02 AM
Skip this ad x