ANGGOTA polis menahan awak-awak warga asing di peraiaran Pulau Ketam, Klang.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

Shah Alam: Kawasan laut yang luas serta tanggapan penguatkuasaan kurang di situ menyebabkan segelintir pengusaha bot nelayan menggajikan warga asing sebagai awak-awak.

Ini ditambah dengan gaji yang dibayar lebih rendah serta boleh ‘dikerah’ bekerja lebih masa menyebabkan warga asing terus menjadi pilihan.

Dalam tangkapan terbaru kelmarin, Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menahan dua lelaki warga asing dari Indonesia kerana bekerja tanpa permit sah kira-kira jam 7.15 malam.

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, dua lelaki berusia 26 dan 35 tahun ditahan ketika bekerja di bot nelayan di perairan Pulau Ketam, Klang.

Menurutnya, bot yang dimiliki seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun itu pada mulanya ditahan kerana dilihat menangkap ikan dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada empat awak-awak tidak memiliki dokumen serta melanggar syarat lesen perikanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:07 AM