Shah Alam: Suspek berusia 32 tahun yang menjadi perancang utama penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di rumahnya di Taman Maznah, Klang, 22 Januari lalu, dikatakan mempengaruhi lima rakan untuk turut sama melakukan jenayah itu.

Sumber berkata, suspek lain terpengaruh dengan ajakan itu dan gelap mata untuk mendapatkan wang dalam tempoh singkat atas alasan keluarga mangsa adalah golongan kaya.

Dalam kejadian itu, suspek meminta wang tebusan RM200,000, AS$ 100,000 (RM360,000) dan AUSD100,000 (RM283,183) namun gagal diperoleh sebaliknya mereka berjaya ditahan polis Sabtu lalu.

“Kira-kira 10 minit sebelum serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman serta sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor, suspek dikatakan memberi dadah supaya mangsa berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 7:02 AM