IRMOHIZAM (duduk, enam dari kiri) bersama AJK dan guru SKDAL, kelmarin.

Sabak Bernam: Nelayan laut dalam diminta mempercepatkan pemasangan Sistem Pemantauan Vesel (VMS) bagi membolehkan pihak berkuasa memantau bot mereka daripada menjalankan aktiviti tangkapan ikan di luar perairan negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pemasangan alat pengesanan bot itu membolehkan pihak berkuasa memberi amaran awal, sekali gus mengelak nelayan memasuki perairan negara lain.

“Saya berharap pemasangan alat itu dipercepatkan. Saya khuatir jika nelayan dan bot mereka dirampas pihak berkuasa negara lain,” katanya pada majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff (SKDAL), kelmarin.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, beliau sudah berbincang dengan Kementerian Luar dan bimbang terhadap tindakan pihak berkuasa Indonesia menahan bot nelayan tempatan memasuki perairan negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 6:35 AM