MANGSA culik menerima rawatan di HTJ.
Oleh Mohd Fadly Samsudin dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Dia kini semakin sembuh dan kembali ceria selepas menerima rawatan di Wad Pediatrik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,” ujar bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang diculik sekumpulan enam penjenayah sebelum diselamatkan polis tengah malam, kelmarin.

Dalam kejadian sebelum ini, mangsa dilarikan penjenayah dari rumahnya di Klang, Selangor, jam 2.10 pagi, 22 Januari lalu, sebelum dikurung di sebuah apartmen di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bagaimanapun berjaya mengesan lokasi mangsa disembunyikan sebelum menahan lima suspek termasuk perancang utama berusia 32 tahun.

Bapa mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia gembira apabila anaknya kian pulih selepas diberikan dadah oleh suspek sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 7:36 AM