Oleh Noor Aznida Alias
am@hmetro.com.my

Kuala Berang: Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bakal dipinda dalam usaha mengekang aktiviti tidak sihat di laman sosial yang dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyediakan draf penambahbaikan terhadap akta berkenaan merangkumi pindaan jenis hukuman atau denda lebih berat bagi kesalahan di media sosial agar sejajar dengan perkembangan hari ini.

Beliau berkata, peruntukan sedia ada agak ketinggalan dan perlu ditambah baik bagi memastikan pesalah siber mendapat hukuman setimpal selain memberi pengajaran kepada pengguna lain agar lebih berwaspada untuk melakukan aktiviti tidak sihat di laman sosial.

“Kami sasarkan penyediaan draf ini dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan pertama dan dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini juga.

“Ketika ini, kami lihat peruntukan dalam akta sedia ada pada kadar lama dan jenis kesalahan serta hukuman perlu dinaik atau dikenakan lebih berat terhadap pesalah sosial.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:18 AM