Anggota JPAM menangkap ular sawa yang membaham seekor rusa di Taman Rusa UTM, Skudai.
Oleh Redzuan Muharam
am@hmetro.com.my


Johor Bahru: “Ini kejadian pertama berlaku di sini, sejak taman ini dibuka 12 tahun lalu,” kata Pengurus Taman Rusa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Mohd Sum yang terkejut selepas rusa jagaannya mati ditelan ular sawa empat meter, kelmarin.

Mohd berkata, dia tidak berada di ladang ketika kejadian dan tahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi kakitangan pada jam 8.45 pagi semalam.

Menurutnya, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bagi mendapatkan bantuan untuk menangkap reptilia berkenaan.

“Sebelum ini, taman ini pernah diceroboh anjing liar beberapa tahun lalu dan masalah itu diatasi selepas pihak pengurusan memasang pagar keselamatan.

“Namun, kedudukan taman yang berhampiran hutan dan zon penampan mungkin menyebabkan reptilia itu menjadikan kawasan sekitar sebagai habitatnya,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:42 AM