KAPAL dan helikopter digunakan dalam operasi menaikkan ekor pesawat QZ8501 di Laut Jawa, semalam.

Kalimantan Tengah: Dua beg pelampung dengan keupayaan mengangkat beban seberat lima tan bakal digunakan bagi mengapungkan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ke permukaan air.

Perkara itu dimaklumkan Panglima Komando Armada Barat, Laksamana Widodo di kapal KRI Banda Aceh, sejurus penemuan ekor pesawat yang menempatkan kotak hitam itu.

Memetik portal berita Kompas.com, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko bersama anak kapal dan pasukan penyelam lain kini berada di perairan lokasi terletaknya ekor pesawat bagi menyaksikan sendiri proses menaikkannya.

Widodo berkata, pasukan penyelam akan dibekalkan dua beg pelampung yang mampu mengangkut beban seberat lima tan.

Katanya, satu beg pelampung yang dibekalkan itu berkeupayaan mengangkat beban dua tan, sementara sebahagian lagi mempunyai dua beg, masing-masing mampu mengangkat berat sehingga 500 kilogram.

Widodo berkata, beg yang diturunkan ke dasar itu akan berada dalam keadaan masih belum dikembangkan supaya ia dapat dilipat.

Beliau berkata, selepas ia diturunkan dan diikat di bahagian tertentu pada ekor pesawat, beg pelampung berkenaan akan dipam menjadi belon, ia secara perlahan akan mengangkat ekor pesawat ke atas permukaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 7:23 AM