Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

Chukai: Tidak sanggup melihat bapa mentua dikasari abang iparnya yang mengamuk kerana gagal mendapatkan wang, seorang menantu bertindak mengambil sebatang cangkul lalu memukul kepala lelaki terbabit bagi mempertahankan diri dan ahli keluarga lain dalam kejadian di Kertih, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa berusia 20-an cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan ada meminta sejumlah wang daripada bapanya.

Katanya, permintaan mangsa bagaimanapun tidak dipenuhi bapanya menyebabkan mangsa naik angin sebelum bertindak membaling barang yang ada di dalam rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 7:05 AM