ANGGOTA tentera laut Amerika Syarikat menggunakan alat Tow Fish untuk mengesan objek di dasar laut secara sonar.
Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

Surabaya : Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) percaya lebih banyak mayat penumpang dan kru akan ditemui terperangkap di dalam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sekiranya bangkai pesawat itu dapat diangkat.

Memetik laporan AFP, pasukan berkenaan kini menumpukan untuk mengesan lima objek besar berukuran 18 meter panjang dan 5.4 meter lebar dan dipercayai fiuslaj pesawat.

Difahamkan, sehingga semalam seramai 37 mayat penumpang dan kru pesawat itu sudah ditemui dan baki akan dapat ditemui terperangkap dalam bangkai pesawat itu.

Pengarah Operasi BASARNAS Suryadi B Supriyadi berkata, pasukan penyelam masih meneruskan percubaan untuk mengesan ‘objek besar’ di dasar laut yang dipercayai bangkai pesawat malang itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 6:34 AM