KEADAAN kereta pacuan empat roda yang tenggelam ke dasar sungai.

Kuala Terengganu: “Mujur satu tingkap dapat dibuka dan kami semua tidak panik,” kata Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Dungun Mohmad Nawawi Yusuf yang berdepan detik cemas apabila Toyota Hilux dinaikinya dimasuki air sebelum tenggelam ke dasar sungai ketika menyertai misi bantuan banjir di Kampung Pelambor, di sini, minggu lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang, 29 Disember lalu itu, sukarelawan iBantu dan IKRAM Dungun serta Kuala Terengganu menjalankan misi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan Kampung Jongok Batu dan Kampung Kuala Jengal, Hulu Dungun.

Mohmad Nawawi yang juga ketua operasi misi berkenaan berkata, apabila tiba di pusat pemindahan sementara (PPS) Kuala Jengal, mereka mendapati penduduk sudah kembali ke rumah masing-masing, tetapi dimaklumkan Kampung Pelambor memerlukan bantuan kerana terputus hubungan darat dengan kawasan luar.

“Mulanya kami bercadang menaiki bot, tetapi seorang penduduk dari Kampung Pelambor memberitahu, paras di laluan masuk Kampung Pelambor dianggarkan sedalam hanya 0.5 meter dan boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 6:37 AM