Pangkalan Bun: Kawasan pencarian serpihan dan jasad penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 kini dikecilkan kepada empat lokasi berbanding 13 sektor semalam selepas ia disahkan terhempas di perairan Teluk Kumai, di sini.

Sebanyak 18 kapal dari dalam dan luar negara melakukan rondaan di sekitar empat kawasan pencarian itu yang masuk hari keempat semalam.

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Marsdya TNI F Henry Bambang Soelistyo berkata, proses memindahkan jasad penumpang terhalang berikutan keadaan cuaca buruk dan ombak tinggi di sekitar Pangkalan Bun.

“Cuaca dan ombak tinggi, kita belum boleh buat apa-apa, kita tunggu dan lihat. Ombak masih tinggi dan hujan lebat. Usaha mencari dilakukan segera selepas cuaca semakin baik,” katanya. - DetikNews

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 8:28 AM