NUR Amira
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

Alor Setar: "Saya merayu kepada perompak terbabit supaya jangan mengapa-apakan saya. Kalau nak barang ambil saja, tetapi dia bertindak ganas lalu mencekik leher dan menekup muka saya dengan bantal."

Begitu kata Nur Amira Asaari, 22, yang mengalami kecederaan di dada, tangan kiri dan retak tulang lengan kiri dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Harapan, Kuala Kedah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, ibu mangsa, Ardiana Ahmad Kamil, 45, yang cedera parah di bahagian perut akibat ditikam kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menceritakan semula detik cemas itu, Nur Amira berkata, pada mulanya dia menyangkakan bermimpi apabila badan berasa terlalu sakit seolah-olah ada benda yang menghempap.

"Saya dalam keadaan 'mamai' terkejut kerana melihat ada seorang lelaki yang menghempap badan saya ketika tidur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:25 AM