Kluang: Perkahwinan pasangan remaja Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, sudah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah sebelum upacara akad nikah dijalankan.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Mohd Zamri Kambari berkata, mengikut Fasal 8, Enakmen 17 Undang-Undang Keluarga Islam Johor menetapkan lelaki perlu berusia 18 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin.

Menurutnya, di dalam fasal terbabit juga menetapkan syarat wanita perlu berusia 16 tahun untuk dinikahkan.

“Bagaimanapun, merujuk kepada kes ini, perkahwinan itu sah kerana sudah mendapat kelulusan daripada mahkamah terlebih dulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 10:14 AM