NAIB Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman (tengah) meraikan graduan sulung ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan, Sureindra (tiga dari kanan).
Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Georgetown: Tekanan bekerja sambil belajar yang dilalui akhirnya membuah kejayaan apabila menerima Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Mikroelektronik pada Sidang Kedua Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Ke-50, semalam.

Malah, OK Sureindra Kumar, 26, hampir patah semangat sepanjang tempoh enam bulan terakhir pengajian apabila berlaku pertindihan masa antara waktu bekerja dan kuliah selepas waktu pejabat.

Anak kelahiran Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu berkata, dia mengikuti program berkenaan sejak Ogos tahun lalu selepas ditawarkan majikannya, Altera Corporation Sdn Bhd bagi melanjutkan pelajaran di USM.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, ia ibarat peluang keemasan berikutan dia memang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

“Saya meminati bidang ini kerana ia antara penyumbang terbesar dalam kerjaya mikroelektronik dalam industri tempatan dan luar negara.

“Malah, pengajian ini amat membantu kerjaya saya sebagai perekabentuk litar bersepadu (cip) yang berkait antara satu sama lain,” katanya pada sidang media di USM, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:13 AM