SHAHRUNIZAM dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

Shah Alam: Akibat membunuh lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya, seorang bekas perunding marin dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, dengan menembaknya di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Januari tahun lalu.

Tertuduh sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa sebagai Ustaz Lee atau Atok selepas dia mengubati bapa tertuduh di Kedah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:09 AM