ROZITA bersama bayi perempuannya.
Oleh Wahi Aziz
wahiduzzaman@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: “Ya, saya mengaku memang saya bersolek dan bersiap. Tetapi bukan sebab nak masuk TV. Semasa melahirkan Ammar dan Aniq pun saya buat benda yang sama. Apa masalahnya?”

Itu kenyataan pelakon dan pengacara Rozita Che Wan berhubung provokasi dicetuskan mengenai penampilannya yang berdandan cantik dalam beberapa gambarnya di samping bayi perempuan yang dilahirkan, Sabtu lalu.

Rozita, 41, berkata, individu yang mengenalinya secara dekat sedia maklum mengenai kecenderungannya terhadap solekan dan berhias walau di mana saja dia berada.

“Apa lagilah mereka ini? Biarlah kami nak cantik ke nak apa ke, bukan mereka pun yang kena mekap. Orang yang kenal saya mereka tahu saya memang akan bersiap sakan walau ke mana pun saya pergi.

“Suka hati merekalah. Tak kisahlah nak cakap apa pun, yang penting anak saya comel dan sihat, Alhamdulillah,” katanya, petang semalam.

Isu terbaru di laman sosial tercetus sepanjang hujung minggu ini berikutan tindakan suaminya, pelakon Zain Saidin berkongsi beberapa keping gambar Rozita dan bayi mereka selepas bersalin.

Golongan ‘soldadu papan kekunci’ sengaja menimbulkan provokasi dengan mencemuh dan mempertikaikan gambar Rozita yang dikatakan bermekap dan berdandan secara keterlaluan walaupun ketika bersalin selepas gambar itu disebarkan dan disiarkan dalam sebuah program TV.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:10 AM