CHEW (kiri) dan Tsai (kanan) bergambar bersama pemenang peraduan ‘Syok Menang ASUSTeK Malaysia’ Nurul Shazmira (dua dari kiri), Rusmaidi (tengah) dan Norazlan Musirat.

Kuala Lumpur: Penyertaan pertama membawa tuah kepada seorang pereka grafik apabila berjaya memenangi Tablet ASUS Fonepad 7 dalam peraduan Syok Menang ASUSTeK Malaysia yang diumumkan, baru-baru ini.

Nurul Shazmira Ruslan, 27, adalah salah seorang daripada empat pemenang bertuah yang dipilih berdasarkan penyertaan kreatif dan menarik.

“Sebelum ini saya tidak pernah menyertai mana-mana peraduan, tak sangka menang hadiah walaupun kali pertama masuk peraduan.

“Saya sangat gembira kerana kebetulan telefon lama rosak, jadi saya tidak perlu beli telefon baru,” katanya di majlis penyampaian hadiah berkenaan di pejabat ASUS (Malaysia).

Hadiah disampaikan Pengurus Produk Bahagian Tablet ASUSTeK Computer Inc (ASUS), Paul Tsai.

Hadir sama, Ketua Agensi dan Rencana Khas Bahagian Pengiklanan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Roche Chew.

Seorang lagi pemenang, Rusmadi Musa, 41, berkata, kekerapan menyertai pertandingan memberi kelebihan kepadanya.

“Setiap peraduan yang ada saya akan sertai. Untuk peraduan ini saya menghantar berbelas-belas penyertaan yang akhirnya berbaloi kerana menang,” katanya.

Menurutnya, hadiah yang dimenangi diberikan kepada anaknya untuk pembelajaran dan kegunaan lain.

Norazlan Musirat, 37, dan Muhammad Hadrey Ali, dua lagi pemenang yang turut membawa pulang tablet ASUS Fonepad 7.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Teknikal Pemasaran ASUS, Steven Wong berkata, peraduan dengan kerjasama NSTP ini bertujuan mempromosi produk ASUS sekali gus menghargai pelanggannya.

“Ini kali pertama ASUS mengadakan peraduan ini dan ia salah satu cara mempromosi produk ASUS, dan mendapat lebih 600 penyertaan.

“Pemilihan pemenang pula berdasarkan keratan yang kreatif serta slogan menarik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:08 AM