Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang pulang dari bercuti di London terkejut apabila pelbagai barang kemas miliknya bernilai hampir RM1.2 juta lesap dilarikan perompak.

Mangsa berusia 50 tahun yang tinggal di sebuah banglo di Jalan Ara Bukit Bandaraya, di sini, hanya menyedari kejadian itu selepas tiba ke tanah air, Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, banglo berkenaan dipercayai dipecah masuk dua kali oleh tiga hingga lima individu.

“Kejadian pertama berlaku pada 10 Oktober lalu dan disedari penjaga rumahnya itu ketika membuat pemeriksaan.

“Lelaki berkenaan mendapati kunci pintu belakang rumah itu terbuka, namun dia tidak dapat masuk ke dalam kediaman kerana hanya berkawan di luar kawasan,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang tiba di kediaman mendapati rumahnya digeledah sebelum membuat laporan polis.

“Sepasukan anggota forensik yang menjalankan siasatan menemui kesan cap jari milik salah seorang suspek.

“Suspek dikenali sebagai Krishnaran Soori (gambar) berusia 30 tahun,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:03 AM