ABDUL menunjukkan laporan polis dakwa ditipu lelaki bergelar Datuk.
Oleh Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Niat seorang pelakon veteran membuka perniagaan berasaskan telekomunikasi tidak kesampaian apabila wang simpanannya RM36,000 ditipu seorang lelaki bergelar Datuk.

Bukan sahaja duit simpanan bekerja sebagai pelakon tambahan itu lebur, malah dia kini terpaksa berhutang dengan dua along untuk menyara kehidupannya termasuk membayar sewa bilik.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdul, 50-an berkata, dia mengenali Datuk berkenaan dalam majlis anjuran karyawan hiburan sekitar Oktober tahun lalu.

Dakwanya, dia mula tertarik dengan tawaran perniagaan itu selepas berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan dan memerlukan pendapatan sampingan.

“Saya dikehendaki membayar RM500 untuk menjadi ejen sah menjual simkad sebuah syarikat telekomunikasi itu sebelum dipujuk Datuk berkenaan supaya membeli dua mesin kad prabayar berharga RM2,500 setiap satu.

“Tanpa ragu-ragu, saya membayar RM5,000 untuk dua mesin kepada Datuk berkenaan dan dibawa mendaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 8 Ogos lalu, dan diminta membayar lagi wang RM5,000,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:13 AM