PETI besi antara barangan yang dicuri.
Oleh Jaafar Mulup dan Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

Tampin: Tindakan pantas seorang operator trak tunda membantu polis mengejar sekumpulan perompak membolehkan seorang daripada suspek ditangkap dalam tempoh sejam selepas mereka menyamun sebuah keluarga di FELDA Bukit Rokan Utara, Gemencheh, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, perompak terbabit memasuki rumah mangsa dengan mengumpil tingkap depan ketika empat beranak terbabit nyenyak tidur.

Difahamkan, suspek melarikan sejumlah wang tunai, barang kemas, telefon bimbit dan Toyota Hilux milik mangsa.

Operator terbabit, Zulkifli Ishak, 40, berkata, sejurus menerima panggilan rakannya yang juga jiran mangsa jam 5 pagi, dia ke lokasi dan terserempak kenderaan dinaiki suspek menyebabkan dia berpatah balik dan mengejarnya.

“Pada masa sama sebuah kereta peronda polis dari Balai Bahau yang dimaklumkan kejadian turut mengejar Toyota Hilux itu.

“Dalam perjalanan saya sempat meminta bantuan rakan lain untuk mengesan kenderaan suspek jika mereka menuju ke Bandar Seri Jempol,” katanya ditemui di Bahau, dekat sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:10 AM