CALL of Duty: Mobile
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


PEMINAT permainan Call of Duty: Mobile (COD:M) boleh menggunakan alat kawalan mudah alih tidak lama lagi apabila pembangun permainan berkenaan mengemas kini judul berkenaan untuk sokongan alat kawalan tambahan.

Berdasarkan satu portal teknologi menyatakan bahawa pembangun permainan itu sedang melaksanakan ujian bagi kemas kini terbaru untuk COD: M yang menyokong kawalan mudah alih.

Fasa ujian berkenaan sedang dilaksanakan dan ia adalah berita baik kepada peminat permainan berkenaan kerana mereka boleh memperbaiki prestasi permainan mereka dengan sokongan alat kawalan tambahan.

Bagaimanapun, pembangun permainan itu tidak menyatakan tempoh waktu pelancaran kemas kini baharu berkenaan dan hanya menyebut sedang melakukan ujian secara komprehensif.

Pembangun judul itu mahu sokongan alat kawalan tambahan berjalan lancar tanpa sebarang masalah kepada pemain dan fasa ujian sedang giat dilaksanakan.

Namun, pembangun permainan itu menjanjikan bahawa pemain yang menggunakan alat kawalan akan dipisahkan sesi permainan mereka dengan individu yang menggunakan skrin kawalan.

Mereka mahu setiap sesi permainan lebih adil dalam kalangan pemain tanpa alat bantu, manakala bagi mereka yang mempunyai alat tambahan akan bermain dengan kelas yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 2:42 PM
Skip this ad x